Artikel

PM Muhyiddin Hadiri Taklimat Ekonomi MOF

Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini (3 Mac) telah menghadiri taklimat Ekonomi yang dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan (MoF) di pejabat Perdana Menteri.

Taklimat ekonomi ini berfungsi memberi gambaran sebenar kepada PM Muhyiddin berkenaan kedudukan ekonomi semasa.

Secara jelasnya, ini memberi indikasi yang jelas bahawa agenda ekonomi akan menjadi tumpuan awal Perdana Menteri.

Ini adalah senarai kehadiran Taklimat Ekonomi dan Kewangan oleh MOF kepada YAB PM:

1. Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN)
2. Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zakir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP)
3. Dato’ Saiful Anuar Lebai Hussen, KSU, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
4. Dato’ Asri Hamidon, Timbalan KSP (Dasar), MOF
5. Dr V. Sivabalasingam, Ketua Ekonomi, Bahagian Fiskal & Ekonomi, MOF
6. Johan Merican, Pengarah Belanjawan Negara, MOF
7. Dr Zunika Mohamed, Timbalan KSU Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (Makro)
8. Noraini Ahmad, Timbalan Pengarah Bahagian Makro, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi