Artikel

OECD 2020: Pertumbuhan Ekonomi Global Merosot Disebabkan COVID-19

Pada tahun ini, penularan wabak koronvirus (Covid-19) telah memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi seluruh dunia.

Menurut laporan OECD 2020, pihaknya memberi amaran di mana penularan virus ini telah menurunkan unjuran Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK) global kepada 2.4%.

Ini merupakan kadar terendah sejak krisis kewangan sejak 2008 hingga 2009.

Laporan OECD berpendapat, wabak ini telah melemahkan prospek global.

“Penguncupan pengeluaran di China sedang dirasai di seluruh dunia,” 

Buat masa ini, hampir 90,000 orang telah dijangkiti di lebih 60 negara, dan lebih daripada 3,000 kes kematian telah dicatatkan.

Kerajaan bagi setiap negara digesa untuk mengambil langkah keselamatan bagi menjamin kesejahteraan rakyat negara.