Artikel

UDA Holdings, Khazanah: Masing-masing Mengesahkan Miliki Satu Kes Covid-19

UDA Holdings Berhad (UDA) telah mengesahkan bahawa salah seorang Ahli Lembaga Pengarah mereka disahkan positif coronavirus (Covid-19). 

Individu terbabit telah menjalani ujian pengesanan dan dilaporkan positif, baru-baru ini. Individu berkenaan dimaklumkan dikuarantin di salah sebuah hospital kerajaan.

Berdasarkan perkara di atas, UDA dalam usaha mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengenal pasti individu yang berurusan secara dekat dengan individu terbabit. 

UDA turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa berhubung perkara ini.

Sementara itu, Khazanah Nasional Berhad pula mengesahkan bahawa salah seorang pekerjanya telah didiagnosis positif virus COVID-19 dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital Kerajaan.

Khazanah kini sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kesihatan dan pengurusan premis pejabat mereka untuk mengambil langkah sewajarnya.

Khazanah akan terus beroperasi dengan gangguan yang minimum.