Artikel

Istana Negara: Tan Sri Muhyiddin Yassin Dilantik Sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-8

Menurut kenyataan rasmi daripada Istana Negara, setelah menerima senarai calon – Seri Paduka Baginda YDP Agong telah berkenan untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-8.

Perlantikan ini selaras dengan Perkara 40(2)(a) Dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Proses seterusnya ialah Isitiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 ini (Ahad) jam 10.30 pagi di Istana Negara.

Berikutan perlantikan ini, YDP Agong bertitah supaya tidak dilengahkan dan berharap keputusan mampu mengakhiri kemelut politik negara.