Artikel

Tan Sri Muhyiddin Yassin Pangku Jawatan Pergerusi BERSATU

Menurut kenyataan media Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BERSATU pada 24 Februari 2020 lalu.

Menurut Fasal 16.9 Perlembagaan BERSATU, sekiranya Pengerusi berhenti atau diberhentikan, maka Presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan pemilihan untuk memilih Pengerusi baharu.

Buat masa ini, pihak BERSATU masih belum mengadakan pemilihan untuk Pengerusi yang baharu. 

Justeru, YB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin selaku Presiden memangku jawatan Pengerusi BERSATU sehingga pemilihan diadakan kelak.