Ini adalah kenyataan media daripada pihak Istana Negara.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat.
Setelah proses temu bual, YDP Agong telah berkenan dengan keputusan yang telahdiambil oleh YB YDP Dewan Rakyat untuk tidak memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada isnin hadapan iaitu 2 Mac 2020.
YDP Agong juga menyatakan, baginda akan terus mencari usaha penyelesaian yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan demi kesejahteraan negara.
Berikutan itu, pihak Istana Negara akan terus berhubung dengan Ketua pimpinan parti politik yang memiliki wakil dalam Dewan Rakyat – perihal ini bagi memberi peluang kepada mereka untuk kemukakan calon nama Ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.