Artikel

Speaker: Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Tidak Akan Diadakan Pada 2 Mac Ini

Menerusi kenyataan media dari Parlimen Malaysia hari ini, Yang di-Pertuan Dewan Rakyat  – Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff Md Yusof telah memutuskan untuk tidak mengadakan sebarang Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada tarikh 2 Mac 2020 ini.

Berikutan pengumuman kenyataan ini adalah, Surat Pemakluman Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat tersebut didapati tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11(3). Di mana, ia tidak disusuli dengan Pemberitahuan Usul yang lengkap.

YDP Dewan Rakyat juga turut berpendapat, keperluan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat ini akan dilaksanakan setelah memperolehi pemakluman titah rasmi daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung pemilihan Perdana Menteri Malaysia.

Malah, beliau juga akan terus meneliti semula perkembangan semasa dan memaklumkan semula notis serta tarikh baharu Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada umum.