Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang bekerjasama dengan pihak Kerajaan dan pihak berkaitan untuk melaksanakan langkah-langkah berkaitan pasaran modal yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.
Langkah-langkah ini dapat membantu ekonomi negara. Ia meraangkumi kepentingan kepada isi rumah dan perniagaan yang terjejas. Di samping itu, dapat memulihkan ekonomi Malaysia dalam jangka sederhana, disebabkan kesan negatif yang timbul daripada penularan Covid-19 di peringkat global.
Dana Pelaburan Bersama (co-investment fund)
Dana baharu diperuntukkan sebanyak RM500 juta untuk pelaburan bersama pelabur swasta dalam syarikat-syarikat peringkat permulaan dan pertumbuhan di Malaysia. Melalui pelaburan bersama ini, Kerajaan berusaha untuk membantu merealisasikan potensi syarikat permulaan dalam negeri dan mengumpul lebih banyak dana sektor swasta untuk menjana syarikat pertumbuhan tinggi
Pengecualian Yuran Penyenaraian
Untuk terus menggalakkan syarikat pertumbuhan yang telah berjaya untuk mengumpul dana menerusi pasaran saham, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia akan mengecualikan atas yuran (fi) berkaitan penyenaraian, selama 12 bulan, bagi syarikat yang memohon penyenaraian di Pasaran LEAP atau Pasaran ACE, serta syarikat-syarikat dengan permodalan pasaran kurang daripada RM500 juta di Pasaran Utama.
SC akan memaklumkan status mengenai langkah ini apabila dimuktamadkan. Pengecualian fi penyenaraian selama setahun akan berkuat kuasa serta merta.
Seterusnya, SC juga akan mengumumkan langkah-langkah pasaran modal yang khusus bagi melengkapi usaha Kerajaan dalam menyokong ekonomi Malaysia. Butiran lanjut mengenai langkah-langkah ini akan diumumkan dalam masa terdekat.