Serba Dinamik Holdings Berhad penyedia perkhidmatan kejuruteraan bersepadu global, telah berkongsikan perolehannya untuk suku keempat yang berakhir pada 31 Disember 2019 (S4TK2019) berjumlah RM1.36 bilion.
Ini adalah satu peningkatan ketara 39.1% berbanding RM978.00 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelumnya berakhir 31 Disember 2018 (S4TK2018).
Seterusnya, bagi kedua-dua Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) dan Keuntungan Selepas Cukai (PAT) juga menunjukkan peningkatan yang ketara 3.2 % dan 23.1% masing-masing pada RM139.12 juta dan RM1 40.25 juta, berbanding RM134.83 juta dan RM113.89 juta untuk S4TK2018.
Manakala bagi keseluruhan tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 (TK19), Kumpulan mencatatkan jumlah pendapatan sebanyak RM4.53 bilion, menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 37.9% berbanding RM 3.28 bilion yang dicatatkan bagi tahun kewangan berakhir 31 disember 2018 (TK18).
Selain itu, kedua-dua PBT dan PAT untuk TK 2019 mencatatkan 24.5% dan 26.8% peningkatan pada RM5 44,83 juta dan RM 497.98 juta berbanding dengan RM437.63 juta dan RM392,84 juta untuk TK2018.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Serba Dinamik Holdings, Dato’ Dr. Ir. Mohd. Karim – pihaknya sangat berpuas hati dengan sasaran yang dicapai. Ia telah melebihi sasaran dalaman bagi tahun kewangan berakhir 2019 untuk perolehan dan keuntungan berbanding TK2018.
Hasil yang kuat pada kedua-dua O&M dan EPCC mempamerkan komitmen dan fokus mereka ke atas keupayaan operasi syarikat.
Malah, Serba Dinamik telah mengisytiharkan dividen keempat interim mereka dikecualikan cukai sebanyak 1.40 sen sesaham biasa, akan dibayar pada 30 Mac 2020 kelak.