Artikel

MRCB Catat Perolehan Berjumlah RM1.3 Bilion, Jangka Operasi Lebih Kukuh Pada 2020

Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) mencatatkan perolehan berjumlah RM1.3 bilion dan Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) sebanyak RM53.0 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019, berbanding perolehan dan PBT sebanyak RM1.9 bilion dan RM123.0 juta pada 2018. 

Catatan perolehan dan PBT yang lebih tinggi pada tahun 2018 ini adalah disebabkan oleh jualan hartanah berjumlah RM387 juta. 

Perolehan dan keuntungan yang lebih rendah telah dicatatkan pada tahun 2019 disebabkan oleh projek hartanah kediaman bertingkat yang berada di fasa awal pembinaannya, ini kerana pengiktirafan yang diperolehi adalah sangat minima. 

Seterusnya, pengiktirafan perolehan dari Projek LRT3 juga jauh lebih rendah akibat daripada penstrukturan semula dan pembentukan semula dari PDP kepada projek turnkey (sedia-untuk penghuni) harga tetap.

Manakala, untuk Bahagian Pembangunan Hartanah dan Pelaburan –  telah merekodkan perolehan yang lebih rendah sebanyak RM566.7 juta dan Keuntungan Operasi sebanyak RM76.8 juta pada 2019, berbanding RM1.0 bilion dan RM97.8 juta masing-masing pada 2018, disebabkan jualan tanah sekali sahaja yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. 

Antara penyumbang utama lain bagi perolehan adalah pembangunan menara pejabat Sentral Suites, 9 Seputeh dan MyIPO, serta menara pejabat MBSB yang telah siap, projek Sentral Residences dan projek Rumah Kalista Park.

Selain itu, Perolehan dan Keuntungan Operasi akan terus diiktiraf secara progresif selaras dengan kemajuan pembinaan, dengan Sentral Suites dan TRIA di 9 Seputeh, disasarkan untuk mencapai 50% dan siap pembinaan 40% masing-masing menjelang akhir tahun 2020. 

Menurut Imran Salim, Pengarah Urusan Kumpulan mengatakan dengan RM1.6 bilion jualan hartanah yang belum lagi dikenalpasti, pihaknya menjangkakan pengiktirafan pendapatan yang lebih kukuh pada tahun 2020 

Di mana, MRCB akan meningkatkan produk penghantaran, mengurangkan kebergantungan terhadap buruh dan mengurangkan masa pembinaan dengan ketara, mengakibatkan margin yang lebih baik dalam jangka masa panjang.