Artikel

Media Prima Catat Peningkatan Pada Perolehan Suku Keempat 2019

Media Prima Berhad, kumpulan media bersepadu Malaysia semalam (26 Feb) telah mengumumkan keputusan kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2019.

Keputusan kewangan menunjukkan peningkatan sebanyak 5% kepada RM304.6 juta berbanding RM290.9 juta bagi tempoh suku yang sama bagi tahun 2018. 

Sekiranya perkara luar biasa (EI) bagi suku ini dikecualikan, Media Prima akan merekodkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM9.7 juta dalam S4TK19 berbanding kerugian selepas cukai (LAT) sebanyak RM38.5 juta pada S4TK18. Perkara luar biasa ini termasuklah pelaksanaan penstrukturan semula operasi dalaman pada 4QFY19, dan keuntungan sekali sahaja daripada urus niaga jual dan pajak semula pada 2018. 

Cabaran dalam ekonomi dan industri terus memberi kesan kepada prestasi tahun kewangan penuh Kumpulan pada 2019 (FY2019). Perolehan menurun sebanyak 7% pada FY19 berbanding dengan tahun sebelumnya, disumbangkan oleh perolehan rendah pengiklanan tradisional dan pengedaran yang menurun masing-masing sebanyak 11% dan 12%. 

Sekiranya tiada perkara luar biasa, LAT Kumpulan boleh dikurangkan sebanyak 35% kepada RM69.4 juta pada FY19 berbanding RM106.0 juta setahun lalu.

Bagi segmen digital, Media Prima Digital melalui REV Asia mencatatkan 8% peningkatan perolehan kepada RM44.7 juta pada FY19, memperlihatkan kejayaan dalam strategi pemasaran kandungannya. 

Menurut Datuk Dr Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Kumpulan Media Prima – prestasi suku keempat tahun 2019 ini memberikan keyakinan bahawa Media Prima berada dalam kedudukan kukuh untuk memasuki fasa seterusnya. 

Media Prima akan terus berinovasi bagi memenuhi keperluan audiens dan para pengiklan yang semakin berkembang. Ini termasuk mengembangkan kehadiran digital, dan pada masa sama melaksanakan peluang perniagaan baru dengan memanfaatkan aset sedia ada.