Artikel

Petronas Chemicals Group – Tahap Operasi Kukuh, Portfolio Semakin Meluas

PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) semalam (26 Feb) telah berkongsikan tahap prestasi operasi mereka sepanjang tahun lalu. 

Tahun 2019 menyaksikan PCG terus membina kecermerlangan operasi dan komersil di sebalik konflik pasaran yang sedang berlaku. Strategi pertumbuhan Kumpulan ini berhasil menerusi pelaburannya pada Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) serta pembelian sebuah syarikat kimia khusus.

Sorotan Penting Bagi YTD 2019 Berbanding YTD 2018

PCG kekal kepercayaan pada loji yang tinggi, mencatatkan kadar penggunaan loji melebihi penanda aras kelas dunia pada 92%.

Hasil PCG dilihat sedikit menurun 16% tahun ke tahun. Ini disebabkan kejatuhan harga produk petrokimia berikutan aliran masuk industri yang terus menurun sepanjang tahun 2019.

Manakala bagi nilai EBITDA – (Margin Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Armortisasi) pula menurun 8% tahun ke tahun kepada 27%. Penurunan ini disebabkan harga produk rendah dan diimbangi oleh dolar Amerika yang lebih kukuh berbanding Ringgit Malaysia.

Seterusnya, untuk keuntungan pula dicatakan menurun. Ini didorong kesan daripada EBITDA dan Keuntungan Selepas Cukai (PAT) sebanyak 36% dan 43% kepada RM4.4 bilion dan RM2.8 bilion masing-masing.

Berikutan itu, PCG mengisytiharkan dividen interim kedua bagi tahun 2019 sebanyak 7 sen bagi setiap saham berjumlah RM560 juta – yang akan dibayar pada Mac 2020. Ia adalah tambahan kepada dividen interim pertama sebanyak 11 sen sesaham yang telah dibayar kepada para pemegang saham pada September 2019. 

Jumlah dividen bagi tahun kewangan 2019 adalah sebanyak 18 sen atau RM1440 juta, ini menjadikan nisbah pembayaran dividen sebanyak 51.2% daripada PAT dan kepentingan tidak dikawal (PATANCI).


Mengulas tumpuan 2020 PCG, Datuk Sazali mengatakan pihak akan meningkatkan dan mengkomersialkan loji kimia di PIC. buat masa ini, PCG telah mencapai pengeluaran pertama polietilena, polipropilena dan etilena glikol. 

Selain itu, harga produk petrokimia turut dijangka stabil dalam masa terdekat. Namun, PCG masih kekal berhati-hati disebalik ketidakpastian pasaran yang sedang berlaku.