Artikel

Mahathir Bentuk Kerajaan Campuran? Apa Selepas Ini?

Menurut Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau akan mewujudkan kerajaan yang tidak memihak. Katanya politik, orang politik dan parti politik terlalu utama politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara.

ADA PILIHANRAYA?
Tiada.

Disebabkan Tun Mahathir inginkan bentuk kerajaan, tiada pilihanraya akan dipanggil.

Walaupun kerajaan yang ingin dibentuk tiada parti, ini bermaksud Dewan Rakyat akan kekal ada apabila ia bersidang awal Mac nanti.

SIAPA PEMBANGKANG?
Kalau Tun Mahathir panggil beberapa ahli parlimen dari PAS, UMNO, dan sebagainya, masuk menjadi kerajaan, agak sukar untuk dinyatakan siapa yang akan jadi pembangkang.

Ini dikeruhkan lagi dengan adanya beberapa ahli parlimen dari Pakatan Harapan sendiri yang akan menentang beberapa usul dan langkah kerajaan.

Isu kerajaan lawan pembangkang tidak akan menjadi jelas. Dan isu ini mungkin akan terus keruh walaupun terbentuknya kabinet nanti.

ANWAR TAK JADI PM?
Dengan terbentuknya kerajaan campuran, perjanjian awal Tun Mahathir hendak menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kini terbubar dengan sendirinya.

Ini kerana perjanjian awal melibatkan kuasa dalam konteks Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

Kini PH bukan lagi kerajaan.

Namun begitu, ini tidak bermakna Datuk Seri Anwar tidak akan menjadi PM pada masa akan datang. Beliau masih boleh mendapatkan sokongan majoriti ahli parlimen dalam usaha beliau untuk menjadi PM.

DENGAN ADANYA KERAJAAN CAMPURAN, ADAKAH INI BERMAKSUD KEMELUT POLITIK INI TELAH BERAKHIR?
Ya.

Ini kerana dengan terbentuknya kerajaan campuran, Malaysia kini ada PM, kabinet, dan juga backbencher yang akan menyokong usul kerajaan.