Artikel

Takaful Malaysia Catat Keuntungan Bersih RM366.3 Juta Bagi Tahun 2019

Takaful Malaysia Keluarga Berhad telah mencatatkan rekod keuntungan bersih RM366.3 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.

Kumpulan melaporkan peningkatan sebanyak 25% keuntungan selepas cukai dan zakat (PATZ) pada tahun yang ditinjau dari RM292.6 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Jumlah sumbangan kasar Takaful Malaysia meningkat sebanyak 19% kepada RM2.76 bilion daripada RM2.32 bilion yang dicatatkan pada tahun kewangan lalu manakala hasil operasi Kumpulan terus meningkat sebanyak 18% kepada RM3.12 bilion berbanding RM2.64 bilion pada 2018.

Pencapaian ini adalah hasil daripada  jualan lebih tinggi dari perniagaan Takaful Keluarga dan Takaful Am serta pendapatan yuran Wakalah bersih hasil daripada pertumbuhan perniagaan keseluruhan yang kukuh.

Pulangan Ekuiti Kumpulan pula kekal melepasi rekod 30% dengan pencapaian sebenar sebanyak 33.1% berbanding 32.7% pada tahun kewangan sebelumnya. Perolehan sesaham (EPS) Takaful Malaysia meningkat kepada 44.16 sen berbanding 35.79 sen pada 2018. 

Manakala, jumlah saiz aset meningkat sebanyak 16% iaitu RM10.3 bilion daripada RM8.9 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

Takaful Malaysia mengisytiharkan dividen interim satu peringkat sebanyak 20.0 sen sesaham biasa berjumlah RM165 juta pada 3 Disember 2019. Ini diterjemahkan ke dalam hasil dividen sebanyak 3.5%  berdasarkan harga penutup saham Syarikat sebanyak RM5.70 pada 31 Disember 2019. 

Jumlah dividen interim yang diisytiharkan mewakili nisbah pembayaran kira-kira 45% daripada keuntungan bersih yang dijana untuk tempoh berakhir 31 Disember 2019.