Reuters melaporkan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia telah mencadangkan untuk mengetuai kerajaan perpaduan.
Dikhabarkan sumber pihaknya telah menjemput penggubal undang-undang dari seluruh parti politik pesaing untuk menyertai perbincangan.
Tun Dr. Mahathir mencadangkan gagasan gabungan besar kepada para pemimpin parti politik utama yang ditemuinya pada hari Selasa pagi, termasuk dari gabungan yang terbaru dan parti-parti yang telah gagal pada pilihan raya 2018.
“Ketiadaan calon lain, Mahathir bersedia untuk membentuk kerajaan,” kata salah seorang sumber yang mengetahui secara langsung mengenai perkara itu.