Artikel

Nestle Catat Perolehan RM5.5 Bilion Pada 2019

Bagi tahun kewangan penuh berakhir 31 Disember 2019, Kumpulan Nestle Malaysia Berhad mencatatkan Perolehan RM5.5 bilion pada tahun kewangan dilaporkan, setanding dengan tahun sebelumnya. Selepas melaraskan pelupusan perniagaan Tenusu Dingin, pertumbuhan hasil ialah 1.6%, dipacu oleh pertumbuhan jualan tempatan sebanyak 4.7%.

Untung Sebelum Cukai kekal pada RM876 juta, manakala Untung Selepas Cukai meningkat kepada RM673 juta, dengan peningkatan 2.1% berbanding tahun sebelumnya, walaupun menghadapi tekanan harga daripada komoditi utama 

Menurut Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia Berhad –  pertumbuhan suku ini dilihat mencabar. Di mana, Lembaga Pengarah telah mencadangkan dividen akhir RM1.40 sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.  Ini akan menjadikan dividen keseluruhan bagi tahun yang dilaporkan berjumlah RM2.80 sesaham, setanding dividen rekod tertinggi pada tahun sebelumnya.

Manakala, bagi fokus 2020 pula pihak Nestle akan lebih menumpukan kepada pendekatan yang lebih positif terhadap produk. Perihal ini bagi menghasilkan kecekapan dan penjimatan demi membiayai pertumbuhan dan melindungi prestasi kewangan.

Seterusnya Nestle juga telah memperkenalkan produk baru yang telah mendapat sambutan baik daripada pengguna, seperti  MILO Nutri Pluz, MAGGI Pazzta, KIT KAT Mandarin Orange dan KIT KAT Mandarin Orange and KIT KAT Stick Ice Cream.