Artikel

Yang di-Pertuan Agong Akan Temuramah Kesemua 222 Ahli Parlimen Hari Ini

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) telah bertitah, bahawa baginda akan menemuramah kesemua 222 ahli parlimen pada hari ini dan esok untuk menentukan siapa yang mendapat sokongan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Perkara ini diumumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Ahmad Fadil Bin Haji Shamsuddin, melalui sebuah sidang media, pada tengah hari Selasa (25 Feb).

Perkara ini dibuat berdasarkan undang-undang yang jelas tertera di Perlembagaan Malaysia.