Moody’s jangkakan KDNK Malaysia 2020 susut kepada 4.2% (4.3% 2019).
4.2% adalah pertumbuhan terendah dalam 10 tahun.
Moody’s mengatakan ini didorong oleh kelembapan ekonomi dunia, peningkatan #covid19, dan juga pergolakan politik yang berterusan
Berikutan ketidaktentuan politik Malaysia yang berlaku semalam (24 Feb) ini adalah pandangan Christian Fang, AVP-Analyst, Soverign Risk Group Pelabur Moody’s terhadap ekonomi tempatan.
Isu ahli politik keluar dari gabungan Pakatan Harapan serta peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir telah mencetuskan pelbagai persoalan bagi ekonomi dan bagaimana kerajaan baharu dapat dibentuk.
Ketidakpastian itu menimbulkan pertanyaan dalam pelaburan swasta. Sekiranya ia berpanjangan, ini akan mendorong kepada cabaran pertumbuhan dan menambah risiko penurunan profil kredit negara, terutamanya jika kerajaan baru mengubah penekanan dasar daripada penggabungan fiskal dan pembaharuan institusi.