Artikel

Desas-Desus: Grab, Gojek Pertimbang Untuk Bersatu?

Grab dan Gojek kini dikhabarkan sedang berbincang untuk penggabungan jenama bersama.

Masing-masing memiliki nilai yang tinggi, di mana Grab (AS$14 bilion) dan Gojek (AS$9 bilion). Penyatuan kedua-dua aplikasi terbesar Asia Tenggara ini adalah bertujuan untuk meluaskan lagi pasaran perkhidmatan aplikasi mereka.

Sebelum ini, kedua-dua pengurusan syarikat telah mengadakan pertemuan namun perbincangan penggabungan ini menjadi semakin serius dalam beberapa bulan yang lalu. 

Awal bulan ini, Ketua Grab Ming Maa dan Ketua Pegawai Eksekutif Gojek Andre Soelistyo telah mengadakan perbincanga bagi kedua-dua syarikat. Difahamkan buat masa ini perbicangan mengenai gabungan tersebut masih diteruskan. 

Pihak Mana Yang Akan Mengetuai Gabungan Ini?

Menurut laporan The Information, menerusi perbincangan Gojek mengusulkan cadangan perjanjian 50-50 bagi kedua-dua jenama. Namun, Grab menidakkan cadangan tersebut kerana ingin mengawal majoriti segala kepentingan dalam mana-mana penggabungan. 

Persoalan mula timbul, di mana sekiranya gabungan ini berlaku – pelbagai halangan dan risiko perlu ditanggung kedua-dua pihak. Seperti yang kita ketahui, setiap syarikat memiliki peraturan yang tersendiri, begitu juga Grab dan Gojek. 

Keuntungan Grab dan Gojek

Kedua-dua Grab dan Gojek tidak menguntungkan. Meskipun menerusi penggabungan ini dapat mengurangkan kos dan meningkatkan promosi, subsidi perkhidmatan mereka. Namun ia masih sukar untuk menjana keuntungan bagi kedua-dua pihak.

Sesetengah pemegang saham suka akan idea perjanjian ini, di mana ia boleh meningkatkan nilai perniagaan gabungan. Selain SoftBank, pelabur utama Grab termasuk Uber, Didi Chuxing dan Toyota Motor, manakala penyokong Gojek termasuk Google, Visa dan KKR, serta Tencent.

Berkemungkinan kedua-dua syarikat ini akan menghasilkan keuntungan secara berasingan. 

Minggu lalu, Nikkei melaporkan bahawa Mitsubishi UFJ Financial Group, bank terbesar Jepun, telah bersetuju untuk melabur AS$700 juta dalam Grab sebagai sebahagian kerjasama strategik bersama. Gojek.

Nilai itu adalah taruhan tinggi untuk Grab dan Gojek. Perihal ini kerana Asia Tenggara adalah kawasan bagi lebih dari 600 juta orang, dan Indonesia adalah negara paling padat di rantau ini dengan 250 juta orang. 

Menurut laporan Google, Temasek & Bain menganggarkan saiz keseluruhan ekonomi internet Asia Tenggara pada AS$100 bilion dan meramalkan pasaran perkhidmatan  akan meningkat tiga kali ganda kepada AS$40 bilion menjelang 2025.