FBM KLCI dibuka rendah pagi ini, setelah mengalami jualan yang ketara semalam susulan pembubaran kerajaan secara mengejut.
Setakat jam 9.05 pagi, KLCI susut 7.34 mata (-0.48%), kepada paras 1,484.08 mata
Sebanyak 396 kaunter rugi, dan hanya 53 kaunter untung, sementara 136 kaunter tidak berubah.
Sapura Energy, MYEG, Avillion Berhad merupakan antara kaunter awal yang sedang menyaksikan jual-beli agresif pagi ini.
Heineken Malaysia, Carlsberg, Nestle, meneruskan trending jualan buat hari kedua.
Para analisis pasaran ekuiti memberi pandangan bahawa jualan di Bursa akan terus berlaku sehingga pergolakan politik di dalam negara ini selesai.