Artikel

Tun Dr. Mahathir Dilantik Sebagai Perdana Menteri Sementara

Terkini, menurut kenyataan rasmi Ketua Setiausaha Negara:

Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan menerima peletakan jawatan YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Walau bagaimanapun, Baginda telah berkenan untuk melantik YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri interim, sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Justeru dalam tempoh ini, beliau akan menguruskan pentadbiran Negara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik dan kabinet dibentuk.

Berita susulan akan dikemaskini