Catatan pada hari dagangan ini (24 Feb) menunjukkan jualan secara mendadak telah berlaku.
Jualan drastik ini disebabkan oleh ketidakpastian kedudukan ekonomi tempatan pada ketika ini.
Tepat jam 5 petang, indeks FBM KLCI memaparkan angka susut 41.14 mata atau 2.69% kepada 1,490.
Sebanyak 1,015 kaunter rugi berbanding 138 kaunter untung, manakala 222 kaunter lagi tidak berubah.
Kiraan bagi keseluruhan dagangan mencatatkan 4 bilion saham dengan jumlah RM3.9 bilion ringgit.
Angka ini lebih besar berbanding purata jual-beli saham bagi dua hingga tiga bilion sehari.