Aliran Ringgit pada pagi ini (9.00 pagi) ia dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Catatan pagi ini memperlihatkan nota tempatan turun 240 mata asas untuk dibuka pada 4.2140/2180 berbanding dolar AS dari 4.1900/1940 pada Jumaat lepas.
Ringgit jatuh berbanding euro dengan catatan 4.5642/5689 daripada 4.5286/5346. Serta nilainya berkurangan berbanding pound dengan 5.4554/4610 daripada 5.4110/4178.
Penganalisa menyifatkan sentiman ini mungkin dipengaruhi oleh pergolakan semasa politik tempatan.
Menurut pemerhatian Stephen Innes, Ketua Strategi Pemasaran AxiCorp – situasi ini digambarkan sebagai The Silence of the Backstabbing Lamb.
Di mana pergolakan politik ini akan memberi kesan kepada pasaran nilai Ringgit. Desas-desus mengatakan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga pengerusi Bersatu, telah melaksanakan rancangan untuk membentuk kerajaan gabungan baharu untuk bersaing dengan Anwar Ibrahim.
Malah Innes turut beranggapan kebangkitan isu ini memberi isyarat kepada penjualan dalam pelaburan. Risikonya adalah perlu menanggung defisit yang lebih besar.
Lebih banyak pihak yang terlibat, semakin rumit percaturan pasaran akan berlaku.