Baru-baru ini, Brand Finance telah berkongsikan penyelidikan mereka terhadap industri minyak dan gas (O&G) bagi seluruh negara. Menerusi penyelidikan itu, Brand Finance telah menyenarai 50 syarikat industri minyak yang terbaik dalam beberapa kategori.
Di samping mengukur nilai jenama keseluruhan, Brand Finance juga menilai kekuatan relatif jenama, berdasarkan faktor-faktor seperti pelaburan pemasaran, kebiasaan, kesetiaan, kepuasan kakitangan, dan reputasi korporat.
PETRONAS Malaysia berjaya mengungguli kedudukan pertama bagi kategori Jenama Sektor Minyak dan Gas Paling Terkuat di dunia.
Selain ramalan pendapatan, kekuatan jenama adalah penting untuk memacu nilai jenama. Menurut kriteria ini, PETRONAS telah meningkat 14% kepada AS$ 15.2 bilion dengan skor Indeks Kekuatan Jenama (BSI) 86.3 daripada 100 dan penarafan kekuatan jenama AAA yang sepadan.
Menurut David Haigh, Ketua Pegawai Eksekutif Brand Finance – syarikat PETRONAS telah menghadapi volatiliti pasaran yang berterusan. Secara jelas mereka telah menetapkan hasrat untuk menghasilkan penyelesaian industri minyak dan gas, di samping terus melindungi jenama mereka untuk masa hadapan.
Syarikat milik Kerajaan Malaysia ini telah berkembang kerana jumlah jualan produk petroleum meningkat dan ringgit menurun berbanding dolar AS, sementara memastikan peruntukan yang mencukupi bagi turun naik pasaran yang tidak dapat dielakkan.
Tahun ini, PETRONAS berjaya menumpukan usaha untuk memperkemaskan dan meningkatkan fungsi operasi serta teknikal mereka.
Inisiatif ini sekali gus mampu membawa PETRONAS ke arah transformasi digital dan inovasi pada masa hadapan.