Artikel

NAP 2020: Persediaan Sektor Automotif Negara Memacu Pembangunan Lestari

Tujuan pelancaran Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 ini adalah langkah persediaan sektor negara untuk menerajui bidang pembuatan, kejuruteraan, teknologi dan pembangunan lestari dalam sektor automotif.

NAP 2020 juga akan mempunyai peningkatan dalam langkah dan pelaksanaan dasar sedia ada. Pelaksanaan ini akan menggalakkan aktiviti R&D dan kejuruteraan, membina kapasiti tenaga kerja tempatan, memberi sokongan kepada projek kereta kebangsaan serta meningkatkan eksport, pelaburan dan jumlah pengeluaran tempatan.

Ini adalah matlamat dan strategi NAP 2020 yang digariskan:

Matlamat

Teknologi dan Kejuruteraan – pembangunan komponen dan sistem kritikal untuk NxGV, MaaS dan IR4.0, termasuk sistem dan komponen dalam Kenderaan Automatik, Autonomi dan Sambung (AACV); Teknologi IR4.0; teknologi bahan ringan dan kenderaan hibrid, elektrik dan bahan api.

Pelaburan – mekanisme insentif tersuai akan diteruskan berdasarkan analisa manfaat kos cadangan perniagaan tertentu oleh para pelabur.

Peruntukan Pasaran –  langkah-langkah yang akan diperkenalkan untuk meningkatkan pembangunan eksport, bukan sahaja untuk kenderaan dan komponen, tetapi juga untuk sektor selepas pasaran dan perkhidmatan.

Strategi

Pembangunan Rangkaian – untuk meningkatkan daya saing rantaian nilai dalam negeri dalam usaha mencapai produk berkualiti tinggi dan tinggi teknologi yang memenuhi piawaian pengeluar kenderaan dan keperluan pengguna pada masa hadapan.

Pembangunan Modal Insan – untuk membangunkan bakat tempatan seiring dengan permintaan semasa dan masa depan untuk teknologi automotif dan mobiliti.

Keselamatan, Alam Sekitar dan Kepenggunaan – untuk menggalakkan penerapan teknologi baru yang lebih mesra alam dalam menangani isu pelepasan dan keselamatan kenderaan, serta memperkenalkan elemen hak pengguna dan perlindungan yang berkaitan dengan alat ganti dan perkhidmatan, seperti proses penyelenggaraan dan penarikan balik.


Pelancaran NAP 2020 akan diikuti dengan pelbagai kempen jangkauan, saluran maklumat, persidangan dan pertemuan pihak berkepentingan untuk memastikan Visi Automotif Nasional direalisasikan untuk Malaysia yang lebih baik.