Artikel

SunCon Beri Tumpuan Pada Pasaran ASEAN

Sunway Construction Group Bhd (SunCon) jangka catatan baharu  bagi nilai kontrak berjumlah RM2 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Menurut Chung Soo Kiong, Pengarah Urusan Kumpulan mengatakan sasaran itu akan mengatasi angka tahun lalu iaitu RM1.8 bilion, di mana ia melepasi sasaran awal sebanyak RM1.5 bilion.

Laporan Bernama menunjukkan SunCon turut berkongsi strategi mereka dengan memberi tumpuan kepada ASEAN dan India. 

Inisiatif untuk memanfaatkan pengalaman serta pengetahuan mengenai sebuah negara daripada rakan kongsi tempatan mereka yang berpengalaman.

Catatan tahun kewangan 2019, menunjukkan keuntungan bersih SunCon merosot kepada RM129.32 juta daripada RM144.43 juta pada tahun kewangan 2018.

Sementara itu, angka perolehan dilihat menurun kepada RM1.77 bilion pada tahun kewangan 2019 daripada RM2.26 bilion tahun sebelumnya.

Dividen interim syarikat telah dicadangkan sebanyak 3.5 sen sesaham pada suku keempat tahun kewangan 2019. Ini menjadikan jumlah dividen kepada tujuh sen sesaham bagi keseluruhan tahun.