Artikel

MAA: Jualan Kereta Menurun Sebanyak 12% Bagi Bulan Januari

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), angka jualan kereta bagi catatan Januari menunjukkan penurunan sebanyak 12% dengan 42,623 unit dijual berbanding 48,450 kenderaan yang dijual dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.

Berikut laporan TheEdgeMarkets dalam satu kenyataan MAA – catatan penurunan ini disebabkan cuti perayaan Tahun Baru Cina. Di mana tempoh bekerja lebih singkat, dan ketidakpastian pasaran berikutan berita pelaksanaan peraturan duti eksais yang baharu.

Seterusnya, sebanyak 45,416 kenderaan telah dikeluarkan pada bulan ini, turun 16.6% daripada 54,446 unit yang dihasilkan pada bulan yang sama pada tahun 2019. 

Pengeluaran terkini terdiri adalah 42,527 kenderaan penumpang dan 2,889 kenderaan komersil.

MAA turut menjangkakan jumlah jualan akan meningkat pada bulan Februari setelah isu penilaian harga eksais (CKD) diselesaikan.

Kementerian Kewangan sebelum ini (22 Januari) mengatakan tidak ada sebarang kenaikan pada harga kenderaan CKD untuk tempoh satu tahun sehingga 31 Disember 2020.