Grand Parade telah bersetuju untuk menjual rangkaian Burger King Afrika Selatan kepada Emerging Capital Partners (ECP).
Menurut Bloomberg, kedudukan operasi peniagaan dilihat tidak seimbang dan pihaknya ingin mengembalikan wang tunai kepada pelabur.
Saham Grand Parade Investments Ltd. dilihat meningkat setelah syarikat itu mengumumkan jualan RM664 juta ($ 44 juta) kepada firma ekuiti swasta yang berpangkalan di Washington.
Malah, menurut Ketua Pegawai Pelaburan, Mohsin Tajbhai – selain kasino, Grand Parade turut memiliki saham pada syarikat Spur. Mereka turut berhasrat ingin menjual perniagaan tersebut dalam beberapa tahun akan datang.
Sebaik sahaja ia menjual asetnya, syarikat itu merancang untuk beralih dari bursa saham Johannesburg.
Tumpuan mereka adalah untuk memaksimumkan nilai kepada para pemegang saham mereka, yang kebanyakannya telah bersama sejak dari awal lagi perkembangan syarikat.
Tekanan daripada pelabur juga antara faktornya. Beberapa kumpulan utama Afrika Selatan, termasuk RMB Holdings Ltd, Old Mutual Ltd dan Naspers Ltd. telah berusaha untuk menyusun semula bagi mencapai nilai yang lebih baik untukĀ pengumpulan aset mereka.
Penjualan Burger King Afrika Selatan dan Grand Foods Meat Plant kepada ECP Afrika Fund IV mula dipersetujui setelah Grand Parade bertindak menutup 12 cawangan restoran Burger King mereka yang tidak menguntungkan pada tahun lepas.