Empat Hotel Tabung Haji telah dipindahkan kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), iaitu sebuah syarikat bertujuan khas (SPV), Kementerian Kewangan Malaysia.
Tabung Haji dan Urusharta Jamaah, dalam satu kenyataan semalam (18 Feb), berkata hotel akan terus beroperasi di bawah pengurusan baru Unit UJ Property Management Sdn Bhd.
Untuk makluman pembaca, Urusharta Jamaah dibentuk khas bagi mengambil alih aset Tabung Haji yang terdiri daripada 29 hartanah, sebuah syarikat tidak tersenarai dan pegangan ekuiti bernilai RM9.63 bilion.
Empat hotel yang terlibat adalah TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Bayan Lepas, TH Hotel Pusat Konvensyen Alor Setar dan TH Hotel Pusat Konvensyen Kuala Terengganu.
Sebelum ini pengurusan hotel diuruskan oleh TH Hotel dan Residence Sdn Bhd, namun bagi pengurusan baharu ia akan dinamakan semula sebagai Raia Hotel.
Menurut kenyataan, pemindahan hotel adalah sebahagian daripada pelaksanaan pemindahan aset TH. Untuk menyelesaikan pemindahan pemilikan, Urusharta Jemaah telah mengeluarkan sukuk bernilai RM19.6 bilion dan membayar wang tunai berjumlah RM300 juta.
Turut dimaklumkan 90 peratus kakitangan TH Hotel akan kekal berkhidmat di Raia Hotel, sementara 10 peratus kakitangan lagi akan diserap pada TH Hotel Kelana Jaya.
Malah, 90 peratus kakitangan juga bakal memperolehi pampasan berasaskan sumbangan perkhidmatan mereka di TH Hotel.
Menurut Tabung Haji dan Urusharta Jamaah, pengambilalihan rantaian hotel ini adalah satu langkah bagi memenuhi mandat kerajaan untuk mengurangkan komitmennya.
Urusharta Jamaah memainkan peranan yang penting bagi memastikan matlamat itu direalisasikan dan akan meneruskan usaha untuk meningkatkan nilai aset di bawah yang ITSS portfolio.