Artikel

Gojek Membeli Pegangan Pada Syarikat Teksi Di Indonesia, Blue Bird

Gojek merupakan salah satu syarikat aplikasi yang membolehkan pengguna membuat tempahan seru-pandu kenderaan, selain turut membolehkan pengguna untuk membuat tempahan makanan dan perkhidmatan lain. Sejak akhir-akhir ini, Gojek telah mula memperluaskan perkhidmatan ke beberapa arena lain, dan kini dalam usaha mengukuhkan kedudukan, Gojek dilaporkan telah membeli pegangan minoriti pada syarikat Blue Bird.

Blue Bird merupakan syarikat operator teksi di Indonesia yang agak popular. Menurut Bloomberg, Gojek dilaporkan membeli pegangan pada nilai $30 juta untuk 4.3% pada syarikat disebalik Blue Bird.

Sebelum ini, Gojek telah bekerjasama dengan Blue Bird untuk membuat tempahan teksi terus melalui aplikasi Gojek. Dengan membeli pegangan ini, ia sekaligus mengukuhkan lagi perhubungan dan kerjasama kedua-dua pihak di Indonesia dalam arena seru-pandu pengangkutan.