Kini menerusi inisiatif yang dibangunkan dalam platform MHub.my, kumpulan B40 dan M40 yang sebelum ini permohonan pembelian rumah mereka ditolak boleh memohon semula.
Pada platform yang sama, MHub bersama NewParadigm Capital Market akan beri bantuan dengan membiayai pembelian rumah.
Menurut Quek Wee Siong, Ketua Pegawai EKsekutif MHub mengatakan pihaknya turut melaksanakan kerjasama dengan Perbadanan PRIMA Malaysia (PR1MA).
Bantuan ini turut meliputi kaedah sewa beli serta pinjaman penuh sebanyak 110 peratus (cukai dan kos guaman).
Untuk rekod pada tahun lepas, MHub telah berjaya membantu 14,000 pembeli rumah. –RTM