Artikel

Gen-Z: Kumpulan Yang Mementingkan Kepuasan Diri

Pada hari rabu lalu (13 Feb) Ipsos UU Malaysia dengan perkongsian bersama Ogilvy Malaysia telah mengendalikan penyelidikan terhadap ‘The Not-So-Secret Lives of Malaysian Gen-Z‘ bagi memahami generasi Generation-Z atau lebih dikenali sebagai Gen-Z.

Tujuan kajian ini adalah untuk mendedahkan aspek utama budaya popular yang membentuk Gen-Z hari ini dan mendorong stigma mereka.

Antaranya adalah bagaimana komunikasi visual digunakan, sukan alternatif seperti Dodgeball, Snookball, e- Sukan mula mendapat perhatian Gen-Z, faktor kesihatan yang baik, kelestarian telah menjadi aliran utama kepada gaya hidup mereka, makanan perlu menjadi salah satu kepuasan hidup mereka dan bagaimana industri K-Pop lebih daripada sekadar muzik kepada mereka.

Kajian turut mendedahkan bahawa dengan menggunakan hiperbola secara meluas ke dalam perbualan seharian mereka. Di mana, penggunaan sandiwara adalah perkara biasa, tetapi niatnya tidak semestinya untuk menyinggung perasaan, tetapi untuk menyatakan kejutan, sindiran, dan bahkan untuk pujian.

Ekspresi secara berlebihan melalui komunikasi visual – sama ada GIF, meme atau pelekat. Ia mampu membantu mereka berkomunikasi dengan menzahirkan rasa emosi dalam bentuk yang lebih mudah.

Selain itu, menurut pemerhatian kajian – Gen-Z dilihat mementingkan perkongsian kehidupan mereka. Berikutan melibatkan perkongsian seperti makanan pada ruangan media sosial Instagram. Ia dilihat seakan sudah menjadi norma kebiasaan mereka. Namun tabiat ini dperhatikan mampu membawa kepada ketagihan dan gangguan terhadap media sosial mereka.

Manakala bagi penerimaan Gen-Z terhadap sesebuah jenama pula dinilai berdasarkan penglibatan jenama tersebut dalam sesuatu isu semasa dunia. Tindakan penglibatan itu, sekali gus mampu memberi kepercayaan kepada Gen-Z terhadap kredibiliti produk mereka.

Pendek kata, komunikasi dengan kumpulan ini perlu menghiburkan, ringkas, visual dan padat.