Presiden Xi Jinping Beri Jaminan China Miliki Kekuatan Perangi COVID-19

·

Menurut kenyataan rasmi Bahagian Komunikasi dan Diplomasi Awam, Tun Dr Mahathir Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan perbualan telefon selama setengah jam bersama Presiden Xi Jinping bagi membincangkan berkenaan isu wabak COVID-19.

Menerusi perbualan yang diadakan, kedua-dua pemimpin tersebut telah berbincang tentang langkah seterusnya yang perlu diambil bagi mengatasi penularan wabak virus tersebut. 

Tun Mahathir telah menyampaikan sokongan Malaysia kepada China. Pada masa yang sama, Presiden Xi telah memberi jaminan bahawa China memiliki kekuatan untuk melawan wabak COVID-19. 

Pihaknya turut memberi jaminan akan risiko keselamatan warga Malaysia dan negara lain yang kini berada di China. 

Sehubungan itu, kedua-dua pemimpin ini telah bersepakat untuk saling berganding bahu bagi segala keperluan wabak tersebut. Inisiatif ini seiring dengan langkah bersama yang akan dilaksanakan oleh ASEAN dan China bagi memastikan keadaan terkawal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *