Tricor Umum Perjanjian Jual Beli Bagi Perolehan Operasi Axcelasia Di Malaysia

·

Kumpulan Tricor telah mengumumkan menandatangani satu perjanjian jual beli untuk memperolehi operasi di Malaysia bagi Axcelasia Inc, sebuah firma perkhidmatan profesional bersepadu yang menyampaikan penyelesaian tadbir urus, risiko dan pematuhan (GRC), korporat, perniagaan dan perkhidmatan cukai.

Axcelasia sebuah syarikat yang disenaraikan di SGX, memiliki lebih 100 kakitangan profesional dan sebuah portfolio melebihi 1,000 pelanggan yang terdiri daripada syarikat tersenarai awam, syarikat persendirian, entiti yang berkaitan kerajaan dan perbadanan multinasional. 

Firma ini diketuai oleh eksekutif berpengalaman iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Encik Ranjit Singh, Pengerusi Bukan Eksekutif Dr. Veerinderjeet Singh, dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Dato Peter Tang.

Kerjasama ini akan menjadikan Tricor sebagai satu daripada penyedia perkhidmatan korporat terbesar di Malaysia kepada syarikat-syarikat antarabangsa dan Malaysia. 

Di samping itu, Tricor akan melancarkan satu barisan perniagaan serantau baharu yang memberi tumpuan kepada menyampaikan urus tadbir bersepadu, penyelesaian risiko dan pematuhan kepada lebih 50,000 pelanggan mereka di seluruh dunia.

Lennard Yong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tricor, mengatakan hubungan startegik ini melengkapkan Tricor dengan keupayaan GRC yang baharu bagi penawaran perkhidmatan dan memenuhi permintaan pelanggan bagi penyelesaian GRC di rantau Asia Pasifik. 

Kerjasama ini juga mengukuhkan perkhidmatan korporat, perniagaan dan cukai mereka di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *