Artikel

IDEAS: Tanpa Strategi, Kestabilan Politik Yang Jelas Tidak Mampu Bantu Ekonomi Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) semalam (12 Feb) telah mengumumkan bahawa pertumbuhan KDNK Q4 2019 adalah 3.6% – kadar pertumbuhan suku tahunan terendah dalam satu dekad. 

Namun, pertumbuhan KDNK tahunan sebanyak 4.3% masih dalam kadar sasaran BNM. 

Secara jelasnya, faktor luaran merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan yang agak rendah, terutamanya kesan perang perdagangan AS-China yang memberi kesan kepada banyak negara di seluruh rantau ini.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak isyarat penting lain dalam ekonomi yang perlu diambil perhatian. 

Pasaran saham Malaysia kurang baik pada 2019. Oleh itu, selain daripada faktor pergolakan, strategi ekonomi yang jelas dari kerajaan diperlukan untuk memberi keyakinan kepada Malaysia bagi melabur dan terus berkembang.

Mengulas kedudukan ini, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Ali Salman mengatakan pertumbuhan ini perlu diletakkan dalam konteks yang betul – dengan kadar pertumbuhan tahunan dalam kadar sasaran sebanyak 4.3% dan menghadapi persekitaran luaran yang mencabar. 

Antaranya adalah tahap pelaburan swasta yang rendah. Sudah jelas bahawa ketidakpastian politik dan kekurangan strategi ekonomi yang koheren meruntuhkan sentimen di kalangan perniagaan swasta.

Faktor tersebut diperlukan untuk memacu pertumbuhan ekonomi. Kerajaan perlu bergerak melampaui tumpuan pada politik dan memberikan hala tuju yang jelas bagi ekonomi Malaysia.

Atas keperluan untuk rangsangan fiskal, Ali turut mendesak kerjaan perlu berhati-hati dan berfikir dengan jelas, tentang penarikan balik CBP dan pengenaan SST.

Tindakan ini adalah rangsangan kepada penggunaan tetapi perlu dilihat bagi jangka masa panjang. Oleh itu, penting untuk bertindak secara strategik dan mengenalpasti bidang mana perbelanjaan kerajaan dapat menyumbang kepada pertumbuhan jangka panjang. 

Lebih penting lagi, sebarang rangsangan fiskal perlu disertai dengan komitmen terhadap pembaharuan struktur seperti membebaskan ekonomi daripada campur tangan kerajaan. Perihal ini dilihat tiada sebarang keperluan.

Membelanjakan wang tanpa strategi atau kestabilan politik yang jelas untuk jangka panjang tidak akan membantu perkembangan ekonomi Malaysia.