Menurut laporan statistik, penduduk Mesir telah mencapai sehingga 100 juta orang. Ini secara tidak langsung kadar kemiskinan negara tersebut semakin meningkat.
Untuk makluman pembaca, kadar kelahiran di Mesir telah merosot bagi tempoh tiga dekad yang lalu dengan sekitar 1.5 juta bayi dilahirkan setiap tahun – namun baru-baru ini kerajaan Mesir telah mula menggalakkan keluarga kecil.
Perdana Menteri Mostafa Madbouly memberitahu bahawa “pertumbuhan penduduk adalah satu-satunya cabaran terbesar yang dihadapi negara,” sambil menambah bahawa ia akan “menjejaskan keselamatan negara.”
Di mana, hampir satu per tiga warga Mesir hidup di bawah garis kemiskinan, menurut angka CAPMAS yang dikeluarkan tahun lepas.
Kadar pengangguran adalah kira-kira 10 peratus, dengan kehidupan yang tidak menentu tanpa perlindungan sosial dalam ekonomi tidak rasmi.
Meskipun begitu, peningkatan jumlah penduduk secara tidak langsung mampu meningkatkan aliran transaksi pada negara Mesir.
Selain Mesir, negara Afrika Utara turut mengekalkan kedudukannya sebagai negara Arab yang paling ramai dan negara ketiga yang paling ramai penduduk Afrika di belakang Nigeria dan Etiopia.