Astro Lantik Euan Smith Selaku CEO Televisyen, COO Baharu

·

Astro Malaysia Holdings Berhad mengumumkan bahawa Euan Smith, akan menyertai bahagian kepimpinan Astro sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Televisyen dan COO Kumpulan.

Pelantikan ini akan berkuat kuasa bermula 1 April 2020 ini. 

Sebelum ini, Euan Smith merupakan seorang eksekutif hiburan dan media yang berpengalaman di Sky UK, Sky Jerman, Fox dan yang paling baru di Foxtel.

Langkah ini adalah sebahagian daripada pelan transformasi operasi perniagaan. 

Pada tahun lalu, Astro telah meletakkan beberapa strategi termasuk perkhidmatan yang berbeza seperti Jalur Lebar dan OTT, dan meningkatkan pengalaman pelanggan melalui antara muka baru (interface) dan Ultra Box. 

Syarikat juga mengukuhkan penawaran kandungannya dengan melabur dalam IP tempatan yang ditandatangani, untuk meningkatkan khidmat pelanggan dan mengekang gejala cetak rompak. 

Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro mengatakan pihaknya gembira kedatangan Euan Smith pada pimpinan Astro.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *