Bermula semalam (10 Feb) Singapore Airshow 2020 – iaitu pertunjukan udara terbesar Asia kini dibuka.
Berikutan penularan wabak koronavirus, ia telah mendorong pelbagai syarikat untuk menarik diri. Perihal ini kerana wabak tersebut mengancam industri penerbangan.
Singapore Airshow telah diadakan selama dua tahun berturut, berjaya menarik beratus-ratus syarikat penerbangan dan syarikat aeroangkasa global ke pusat kewangan, di mana mereka berunding dengan tawaran berjuta-juta dolar dan menonton pameran udara yang hebat oleh jet pejuang.
Namun disebabkan wabak virus, ia telah menyekat acara tahun ini.
Setakat ini lebih 40 kes telah dilaporkan di Singapura, dan minggu lalu bandaraya itu menaikkan tahap amaran kesihatannya sama seperti sewaktu wabak SARS berlaku pada tahun 2002-2003.
Bilangan peserta pameran yang memutuskan untuk menarik diri dalam pertunjukan kini telah meningkat lebih daripada 70 orang. Antara yang menarik diri adalah aeroangkasa AS Lockheed Martin, yang menjadikan pesawat tempur dan peralatan pertahanan yang digunakan oleh anggota ketenteraan di seluruh dunia.
Tindakan itu dilakukan demi kepentingan kesihatan kumpulan mereka.
Pasukan lain termasuk Bombardier dan pembangun pesawat De Havilland dari Kanada, turut membatalkan penyertaan mereka.
Seterusnya, sekurang-kurangnya 10 syarikat China telah menarik diri selepas Singapura mengenakan larangan ke atas kemasukan individu dari China. Tindakan ini dalam usaha untuk membendung penyebaran virus tersebut.
Walau bagaimanapun, pihak penganjur menegaskan bahawa pertunjukan tersebut akan tetap diteruskan.
Pihak penganjur akan mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengehadkan bilangan tiket awam dan memberi nasihat kepada para peserta untuk tidak berjabat tangan atau bersentuhan.
“Keselamatan dan kesejahteraan kesemua peserta adalah keutamaan kami,” kata Leck Chet Lam, Pengarah Urusan Penganjur Experia .
Masih terdapat lebih daripada 930 syarikat pameran dan 45,000 penyertaan peserta dari lebih 45 buah negara, termasuklah dua pemain penerbangan global utama, Boeing – yang berusaha untuk memulihkan imej dari krisis kemalangan maut yang melibatkan model 737 MAX – dan Airbus.
Menerusi penyertaan yang semakin berkurangan ini, syarikat penerbangan merasakan impak sekatan ini akan menyebabkan acara tersebut menjadi suram dan tidak menarik.
Menurut laporan AFP, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa menyifatkan ini adalah masa yang mencabar untuk syarikat penerbangan. Di mana akan wujud potensi negatif untuk operasi mereka, namun pihaknya berkata terlalu awal untuk menilai kegagalan tersebut.
Persatuan juga menyatakan bahawa semasa wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) – merebak dari China dan membunuh beratus-ratus syarikat penerbangan Asia Pasifik, kerugian dianggarkan kira-kira RM24.8 bilion (AS$ 6.0 bilion) dalam pendapatan.
Rajiv Biswas, Ketua Ekonomi IHS Markit, Asia Pasifik mengatakan – Industri pelancongan secara keseluruhannya akan mengalami “tamparan negatif yang paling besar” disebabkan sekatan kemasukan warga China. – AFP