Menurut kenyataan media Kementerian Pengangkutan, buat masa ini pihak mereka tidak membuat sebarang keputusan untuk melakukan pencarian semula terhadap penerbangan MH370.
Kenyataan media ini bertujuan untuk memperbetulkan laporan berita yang menyatakan adanya pelaksanaan misi baharu.
Meskipun, pihak kementerian memahami situasi ahli keluara para korban. Namun, ketika ini tiada lagi sebarang bukti baharu yang memerlukan proses pencarian tersebut dijalankan.
Sekiranya terdapat makluman rasmi yang diperolehi, kementerian akan membuat rundingan bersama China dan Australia untuk melaksanakan semula misi pencarian tersebut.