Artikel

MITI: Kemasukan Barangan Import Tidak Akan Disekat

Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) – tiada sebarang sekatan ke atas barangan dari negara-negara yang terlibat dengan penularan novel coronavirus.

Perihal ini dilihat negara yang terlibat bukanlah agen pembawa virus.

Seterusnya pihak MITI turut mengadakan mesyuarat dengan sektor pembuatan tempatan bagi mendapatkan maklumat terkini tentang barangan import dari China.

Ong Kian Ming, Timbalan Menteri MITI memberi penjelasan bahawa tindakan tersebut amat penting bagi menilai kesan penularan Coronavirus terhadap sektor pembuatan. 

Ini kerana sektor pembuatan adalah antara penyumbang utama kepada pendapatan negara.

Bagi tempoh yang lama, penularan wabak ini dilihat tidak akan memberi kesan kepada unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) keseluruhan tahun ini pada 4.8%.