Sekiranya anda tidak pernah mendengar tentang nangka, ini cerita mengenainya.
Buah nangka merupakan buah tropika yang sangat besar yang sering digunakan sebagai pengganti daging. Fakta mengatakan bahawa anda boleh memasak, memotong atau menghancurkannya seperti ayam atau daging lembu menjadikannya ramuan utama dalam banyak hidangan vegetarian.
Nangka berasal dari India, dan juga tumbuh di Asia Tenggara, Mexico, Caribbean dan Amerika Selatan. Ia berkisar antara 15lb (7kg) hingga 70lb (32kg).
Ia juga dijual dalam tin, kadang-kadang dalam air garam atau sirap. Anda boleh mencari dapati pelabagai juadah pada gerai makanan Asia. Malah, kebiasaannya ia dijual di pasaraya.
Kini, ramai orang mula mencari alternatif berasaskan tumbuhan untuk daging, dan nangka dilihat sebagai pilihan utamanya.
Robert Schueller, Ketua Pemasaran Melissa’s Produce di Los Angeles mengatakan aliran nangka telah mencatatkan peningkatan selama beberapa tahun ini.
Kelebihan nangka telah mula diperkatakan dalam pasaran AS. Penggunaan nangka juga diihat tidak lagi tertumpu pada restoran vegetarian sahaja namun, ia telah mula diperluaskan pada hidangan restoran lain juga.
Tomatillo, sebuah restoran Mexico di Dobbs Ferry, New York, mempunyai quesadilla dan taco yang dibuat dengan nangka yang terletak di samping tawaran daging dan vegetarian yang lain. Di Chicago pula, Alulu Brewpub menghidangkan roti nangka bersama vegan Sisilia.
Angela Means, pemilik vegan Jackfruit Café di Los Angeles, mengatakan terdapat pelbagai faktor mengapa orang kini memilih nangka sebagai gantian kepada daging. Ia termasuklah kebimbangan pengguna terhadap alam sekitar, kesihatan dan haiwan.
Dia juga menyifatkan ini suatu pilihan yang terbaik dalam menghasilkan daging tiruan. Ini kerana nangka memiliki pelbagai khasiat seperti kalium, serat, dan magnesium.
Maka, tidak hairanlah buah nangka bakal menjadi pilihan utama pada pasaran dalam masa 10 tahun akan datang.