Artikel

Khazanah Mohon Akhbar Focus Malaysia Henti Lapor Isu Malaysia Airlines

Khazanah Nasional Berhad mengumumkan melalui sebuah siaran media bahawa mereka memohon agar akhbar Focus Malaysia henti melaporkan berita tentang Malaysia Airlines.

“Khazanah menghormati prinsip ketelusan dan akauntabiliti, serta pentingnya kebebasan media,” kata kenyataan ini.

“Kami berpendapat bahawa laporan media yang dibuat oleh Focus Malaysia telah memberi kesan negatif terhadap perbincangan kami dengan pihak-pihak yang berkenaan tentang perniagaan Malaysia Airlines. Ini telah memberikan impak negatif terhadap integriti kami, dan keyakinan terhadap kami oleh pihak awam,” tambah mereka.

Focus Malaysia sebelum ini melaporkan isu Malaysia Airlines di mana penjualan syarikat ini akan melibatkan beberapa pihak, seperti Japan Airlines dan lain-lain lagi.

Dua minggu lalu, akhbar Focus Malaysia melaporkan bahawa Khazanah Nasional Bhd telah membuat laporan polis terhadap akhbar itu.

Laporan polis ini adalah berkenaan dengan dokumen bocor yang melibatkan laporan tentang Malaysia Airlines Berhad (MAB) oleh akhbar itu.