Artikel

Koronavirus: Bank Rakyat Tawar Penangguhan Sementara Pembayaran Pinjaman

Bank Rakyat umum pelanggan boleh ditawarkan penangguhan pembayaran pinjaman jika perniagaan mereka terjejas akibat wabak koronavirus.

Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato’ Rosman Mohamed.

Bank itu berkata tujuan ini dilakukan adalah bagi membantu mereka yang terjejas menangani masalah kewangan yang dihadapi bagi memastikan kelangsungan terhadap perniagaan mereka.

“Kami menyedari bahawa sesetengah pelanggan terutamanya mereka yang berada dalam industri keusahawanan dan koperasi mungkin terjejas disebabkan oleh jenis perniagaan yang memerlukan mereka untuk pergi ke negara yang dianggap berisiko tinggi disebabkan oleh penularan novel koronavirus,” kata Dato’ Rosman.

“Sehubungan dengan itu, kami berharap agar inisiatif ini dapat membantu mengurangkan kesan kewangan akibat penularan wabak tersebut,” tambah beliau.