Artikel

Jokowi Arah Cari Penyelesaian Kekal Tangani Kebakaran Hutan

Presiden Indonesia Bapak Joko Widodo telah mengarahkan kerajaannya untuk mencari penyelesaian berkekalan dalam menangani isu kebakaran hutan yang setiap tahun melanda rantau ini.

Menurut laporan media, Joko Widodo, atau Jokowi difahamkan memandang isu kebakaran hutan ini adalah disebabkan oleh perbuatan manusia, dan dikeruhkan lagi dengan perubahan iklim.

Pada tahun lepas, sebanyak 1.6 juta hektar kawasan hutan dan paya bakau telah hangus terbakar akibat kebakaran hutan ini.

Bank Dunia menganggarkan sebanyak RM21 bilion ($5.2 bilion) kehilangan harta dan ekonomi telah lupus akibat ini.

Asia Tenggara telah dibelenggu isu hutan terbakar selama beberapa dekad sebelum ini.

Pada tahun 2019, kebakaran hutan ini telah menyebabkan jerebu yang ketara dan mengakibatkan beberapa negara, terutamanya Malaysia dan Singapura dilanda jerebu yang teruk.

Laporan media ini juga menyatakan bahawa para petani di Indonesia kebiasaanya akan memotong dan membakar hasil tanaman mereka pada musim kering. Ini mengakibatkan jerebu terhasil.

Tanaman kelapa sawit dilaporkan antara kawasan yang terbakar pada waktu ini.

Kepulauan Sumatra dan Borneo adalah antara lokasi titik panas yang ketara ketika kebakaran hutan berlaku.

Jokowi juga memerhatikan isu di Australia di mana kebakaran hutan di sana telah mengakibatkan sebanyak 11 juta hektar kawasan hutan terbakar, dan sebanyak 1 bilion haiwan liar pupus akibat kebakaran ini.

Antara penyelesaian yang Jokowi mahukan termasuk rondaan yang lebih efektif, terutamanya di lokasi titik panas yang lazim berlaku, seperti di Riau, Jambi, dan Sumatra.