Syarikat pengeluar kereta terbesar dunia, Toyota telah mencatatkan keuntungan yang mendadak bagi sembilan bulan pertama bagi tahun kewangan 2020 mereka.
Mereka juga telah perbaiki ramalan unjuran kewangan mereka susulan laporan kewangan ini.
Keuntungan bagi bulan April hingga Disember 2019 telah naik 41.4% tahun demi tahun, kepada RM75 bilion (2.0 trilion yen, $18 bil).
Jualan bagi tempoh ini naik 1.6% kepada 22.8 trilion yen.
Unjuran kewangan telah dinaik taraf. Kini, untung bersih diramal ke 2.35 trilion yen bagi tahun berakhir Mac 2020. Ramalan sebelum ini adalah 2.15 trilion yen.
Menurut AFP, kenaikan taraf ini adalah kerana penukaran matawang dunia yang memihak kepada yen.
Untung operasi kini diunjurkan menjadi 2.5 trilion yen, naik dari ramalan yang dibuat tahun lepas, iaitu 2.4 trilion yen.
Unjuran jualan kereta kekal pada 29.5 trilion yen.
CHINA
Tumpuan juga diberikan kepada operasi pembekalan jualan di China.
Akibat wabak coronavirus, ramai penganalisis memberikan pandangan tentang kesukaran Toyota untuk mengawal operasi pembikinan jentera mereka di negara itu.
Toyota telah umum akan terus tutup 12 kilang di China bagi mengawal penularan wabak koronavirus itu.