Menurut Dr Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MATRADE) dalam sidang media prestasi perdagangan negara menunjukkan catatan pertumbuhan lebihan dagangan sebanyak RM137.4 billion.
Tahun lalu pertumbuhan dagangan dicatatkan sejumlah RM123.78 billion.
Jumlah dagangan ini dilihat menguncup 2.5 peratus. Manakala, nilai eksport susut 1.7 peratus dan nilai import jatuh 3.5 peratus.
Meskipun negara berhadapan dengan pelbagai konflik, Malaysia masih lagi berupaya mengekalkan jumlah dagangan lebih RM1 trillion bagi 10 tahun berturutan.