Dividen SSPN bagi tahun 2019 adalah 4%, dividen tertinggi dalam sejarahnya.
Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jantan telah mengadakan sidang media.
Meskipun keadaan ekonomi ketika ini mencabar, mereka berjaya meningkatkan perolehan dividen. Seterusnya, bagi menggalakan penabungan jangka masa panjang, pihaknya telah mengumumkan dividen tambahan sebanyak 1 peratus kepada pengguna yang memiliki akaun SSPN sebelum tahun 2017.
Saiful turut berkongsikan terdapat 2 rekod baharu yang berjaya dicipta. Pertama, jumlah deposit SSPN meningkat sehingga RM 1.37 bilion. Ini jumlah tertinggi dalam sejarah kutipan deposit SSPN,dan merupakan peningkatan sebanyak RM240 juta atau 21.24 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Kedua, PTPTN turut berjaya melonjakkan keuntungan SSPN menjadi RM205.27 juta, iaitu peningkatan sebanyak RM 41.73 juta atau 25.52 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Ini merupakan pencapaian tertinggi yang pernah dilaksanakan PTPTN sepanjang sejarah operasinya.