Artikel

Fed AS Tarik Lesen Pegawai Goldman Sachs Sebab 1MDB

Bank Pusat Amerika Syarikat (4 Feb) mengumumkan Fed AS telah menyekat secara kekal penglibatan Andrea Vella, Eksekutif Kanan Goldman Sachs dalam industri perbankan disebabkan skandal 1MDB. 

Tindakan Fed AS ini menjejaskan kedudukan Andrea. Di mana sebelum ini dia telah diberi cuti sementara. Berikutan dakwaan Goldman Sachs telah membantu 1MDB mengumpul sejumlah RM26.8 bilion ($6.5 bilion).

Jabatan Kehakiman juga menyatakan lebih daripada RM18.5 bilion ($ 4.5 bilion) telah dicuri daripada 1MDB, menerusi pegawai peringkat tinggi dan rakan-rakan mereka bagi tahun 2009 – 2015.