Artikel

Nike: Coronavirus Menjejaskan Operasi Perniagaan Di China

Berikutan penularan wabak coronavirus, Nike mengumumkan pihaknya telah menutup hampir separuh cawangan mereka di China.

Tindakan susulan ini bagi mengurangkan risiko kepada pekerja, pelanggan mereka dan memberi kerjasama dengan pihak berkuasa China. Nike juga mengatakan kesan yang seterusnya akan menjejaskan operasi perkhidmatan mereka di sana. 

Wabak ini telah menjangkiti lebih 20,000 individu dan membunuh lebih daripada 492 di China. Sekali gus, memaksa pelbagai cawangan dan kilang ditutup, syarikat penerbangan membatalkan penerbangan.

Menurut John Donahoe, Ketua Pegawai Eksekutif Nike – meskipun keadaan ini sukar, namun untuk jangka masa panjang Nike mampu untuk meneruskan perkhidmatan mereka kepada pengguna China dengan inspirasi, inovasi yang masih kuat.

Nike akan menyediakan laporan kewangan semasa dan kesan yang dialami disebabkan penularan virus ini pada keputusan suku tahunan, terbitan dijadualkan pada bulan Mac ini. – AFP