Walt Disney Co. pada hari Selasa (4 Feb) telah berkongsikan pendapatan mereka bertambah baik pada suku lepas. Ini didiorong oleh catatan filem terbaharu Star Wars dan Frozen II.
Sambutan pengguna dilihat begitu memberangsangkan terhadap tontonan pada penstriman Disney+.
Manakala, bagi keuntungan pula telah menunjukkan kemerosotan dalam tempoh tiga bulan hingga 28 Disember sebanyak 24 peratus kepada RM8.6 bilion ($2.1 bilion).
Untuk pendapatan pula dilihat melonjak sebanyak 36 peratus kepada RM86.4 bilion ($21 bilion).
Menurut Roger Iger, Pengerusi dan Ketua Eksekutif – mereka memiliki suku pertama yang kukuh. Pengukuhan ini diserlahkan oleh pelancaran Disney+. Sambutan yang diterima melebihi jangkaan mereka.
Berikutan isu penularan wabak coronavirus tersebut, Roger mengatakan buat masa ini mereka mengalami kesan yang yang kecil sahaja pada bahagian tempahan produk dan operasi resort. Namun, pihaknya masih meneliti sejauh mana penularan ini akan berakhir.
Laporan pendapatan pula menunjukkan Disney+ telah ditandatangani oleh 26.5 juta pelanggan sejak dilancarkan di beberapa pasaran pada bulan November, dan Iger memberitahu penganalisis bahawa angka kini telah mencapai 28.6 juta.
Disney, yang merupakan pasukan utama di Hollywood, ia mengendalikan taman tema dan operasi televisyen utama, telah membuat pertaruhan hebat untuk bergerak ke aliran penstirman video di mana memiliki pesaing seperti Netflix dan Amazon Prime Video.
Syarikat juga menyaksikan keuntungan besar dalam segmen hiburan studio, di mana pendapatan melonjak kepada RM15.6 bilion ($ 3.8 bilion) pada suku pertama fiskal daripada RM7.4 bilion ($ 1.8 bilion) setahun sebelumnya.
Disney mempunyai beberapa siaran pawagam terbesar tahun ini dan hasil suku lalu telah dirangsang oleh Frozen I dan Star Wars: The Rise of Skywalker.
Segmen penstriman yang termasuk Disney+ menyaksikan pendapatan melonjak kepada RM16.4 bilion ($ 4.0 bilion) daripada RM3.7 bilion ($ 900 juta). Unit itu menunjukkan kerugian operasi yang meningkat sebanyak RM2.8 bilion ($ 693 juta), sebahagiannya disebabkan oleh kos melancarkan perkhidmatan penstriman. – AFP